Koperasi Pembangunan Usahawan

Koperasi Pembangunan Usahawan

Koperasi Pembangunan Usahawan ini ditubuhkan bagi mengalakkan orang ramai terutamanya anak muda untuk belajar dan mengembangkan idea kreativiti bagi memajukan diri didalam sebuah perniagaan usahawan yang sedang dijalankan. Selain dari itu penubuhan koperasi ini juga bukan sekadar usahawan semata-mata tetapi untuk menguatkan dan memperkasakan hubungan diantara anggota yang telah mendaftar dibawah Koperasi Pembangunan Usahawan.



 Kolam Ikan Air Tawar lokasi Sg. Congkak

 Bersama Datuk Yassin memberi penerangan mengenai homestay diSg.Congkak


Kawasan sungai yg dahulunya tiada jambatan, kini sudah dibina bagi memudahkan kenderaan memasuki ke dalam kawasan.


Menjadikan Sebuah Rangkaian Usahawan Berdaya Maju
-Datuk Md Yassin-

Visi

Menjadikan Kelab Pembangunan Usahawan sebuah Koperasi yang progresif, cemerlang, berkualiti, berintegriti dan yang terunggul bertaraf antarabangsa.

Misi

Menglibatkan koperasi dalam pelbagai sector ekonomi secara aggresif serta membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan gerakan koperasi sebagai penjana pertumbuhan ekonomi Negara yang keempat selepas sektor perkhidmatan, perkilangan dan pertanian. Pada masa yang sama membantu meningkatkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Memperkasakan sosio-ekonomi para anggota dan melahirkan anggota yang berilmu, berkemahiran, berkeupayaan, berwawasan dan berdaya tahan dalam kerjaya dan keusahawanan.

Mewujudkan, secara terancang dan berterusan, satu generasi masyarakat usahawan bumiputra yang dinamik dari kalangan anggota dan seterusnya dari anggota-anggota pelapis (seperti graduan-graduan muda IPTA/IPTS), dalam bidang perdagangan, pertanian dan perindustrian. Misi ini bertujuan untuk meningkatkan serta mengukuhkan lagi penglibatan bumiputra dalam memainkan peranan yang efektif dan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi Negara.