"Travel Bersama Saya" By MALAYSIA BACKPACKERS
Bismillahirahmanirahim
Salam Hormat ,
Alhamdulilah , syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan umur dan memberi kesihatan kepada hambamu serta rezeki, juga tidak lupa kepada pembaca moga dalam keadaan yang sentiasa sihat hendaknya.
Buat pertama kalinya harini saya ke Pasar 16 Hilir, Palembang, Indonesia, Alhamdulilah saya selamat pergi dan pulang, maklumlah tempat yang kali ini tidak pernah pergi dan kadangkalanya perlu berwaspada juga...
Ingin dikongsikan sedikit tentang perjalanan saya secara solo kali ini. Perjalanan ini hanya mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit dari LCCT ke Airport Sultan Mahmud Badaruddin 2 Palembang Indonesia.
Bajet kewangan dalam RM700 termasuk tiket penerbangan yang berharga RM211.00.. Total tolak tiket baki terus siap convert kepada duit RP dapat lah IDR1,609.000 agak lumayan juga sebab sana murah dan menjimatkan. Disana tambang teksinya berharga IDR75.000 dari airport ke kota palembang lebih kurang duit kita dalam RM22.00 sahaja tambang teksinya itu... Hotel ada yang bagus dan ada juga yang tidak bagus harga berpatutan agaran dalam IDR130,000 (Hotel Harmoni) iaitu RM33 siap AC, TV , Toilet dalam bilik, untuk satu malam .. okay tak ? dah semestinya ok.
Disini saya ingin mempertontonkan untuk paparan pembaca semoga anda semua terhibur..
-maaf jika video ini kurang kualiti-